Apa itu GIS
Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat.
Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan mengabungkan antara pangkalan data berbentuk reruang (spatial) dengan pangkalan data teks/atribut. Keupayaannya ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci kepada penggunanya.
Setiap organisasi yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu mengambilkira komponen-komponen di atas dengan sewajarnya. Kelemahan pengurusan salah satu komponen GIS tersebut akan menyebabkan proses penerapan sistem ini kedalam organisasi terbabit akan terganggu. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan organisasi terbabit.
Faedah-faedah dari sistem GIS tersebut adalah seperti berikut:
Membekalkan data geo-spatial yang tepat dan terkini bagi membantu membuat keputusan perancangan;
-
Menggalakkan perkongsian maklumat antara jabatan berkaitan;
-
Menggurangkan keperluan ruang pejabat bagi tujuan penyimpanan data geo-spatial;
-
Meningkatakan produktiviti kakitangan jabatan dan;
-
Membolehkan penyebaran maklumat dengan lebih mudah dalam format softcopy dan melalui internet.