Data Asas GDC

Data asas (fitur fundamental) merupakan data geospatial berkepentingan tinggi  atau signifikan yang mematuhi standard dan diperlukan oleh pelbagai pihak bagi menyokong perancangan dan pembangunan sesuatu negara atau organisasi. Rujukan utama data asas GDC adalah berasaskan kepada fitur-fitur yang terkandung dalam dokumen Malaysian Standard MS1759:2015, Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (First Revision).

 

 Senarai Data Asas GDC

    Rasional penentuan data asas GDC ini dibuat adalah seperti berikut:

  •  Memberi fokus kepada fitur utama memandangkan bilangan fitur sedia ada adalah terlalu banyak.
  •  Mengklasifikasikan fitur utama sahaja yang diperlukan bagi memudahkan perkongsian data di kalangan pengguna.
  •  Memastikan fitur tersebut sedia untuk dikongsi oleh agensi kerajaan sama ada persekutuan dan negeri melalui program MyGDI secara dua hala.
  •  Melengkapkan dan memperkasakan pangkalan data GDC supaya data sentiasa tersedia, terkini dan terselaras (tiada pertindihan data).

 

Pengurusan Data Asas GDC