Skip to main content

MESYUARAT

Mesyuarat Penyediaan Input Spesifikasi Teknikal Tender bersama Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Perak telah diadakan pada 22 Mac 2024, Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras G, Bangunan SUK Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Haslinda Bt. Alias , Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan dihadiri oleh wakil dari pejabat-pejabat daerah. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada Pentadbir Tanah Daerah dan Penghulu Mukim kerana skop projek adalah melibatkan kawasan kampung di bawah seliaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Penambahbaikan kepada komponen spesifikasi teknikal ini akan digunakan bagi menambah baik dokumen tender sebelum mesyuarat jawatankuasa spesifikasi teknikal dijalankan.