Skip to main content

Perutusan Pengarah

YBrs. Puan Halizah Binti Sipun
Pengarah
Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Perak

Assalamualaikum W.B.T. / Salam Muhibbah

Selamat datang ke Portal rasmi PerakGIS Negeri Perak. Portal merupakan media perantara penting penyebaran maklumat dan komunikasi bagi sesebuah organisasi dengan para pelanggannya berikutan era ledakan maklumat yang melanda dunia kini. Di atas kesedaran tersebut, Portal rasmi PerakGIS Negeri Perak telah disediakan. Dengan adanya portal ini, saya berharap anda akan dapat mengenali Unit ini tentang fungsi dan perkhidmatan khususnya dan bidang pembangunan geospatial Negeri Perak amnya. Dalam merancang sesuatu pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan inspirasi rakyat.

Unit ini dengan komitmen setiap warganya sentiasa menjalankan tugas penuh tanggungjawab bagi memastikan pencapaian setiap perancangan negeri pada tahap prestasi yang telah ditetapkan. Unit ini juga sentiasa komited dalam menambakbaik proses kerja geospatial agar sentiasa selaras dengan tuntutan semasa iaitu mengurangkan 'red-tape' dan birokrasi. Unit ini juga peka dengan perkembangan ICT terkini dan menerapkannya dalam proses kerja seperti penggunaan sistem maklumat geografi dalam merancang dan membuat keputusan. Semua ini dilaksanakan bagi menjamin proses penyampaian perkhidmatan terbaik sentiasa dapat diberikan unit ini kepada para pelanggannya

Selamat melayari portal ini dan marilah merancang bersama kami. Terima kasih

Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Wabarakatuh.