Info GIS
Definisi dan Fungsi Utama GIS
-
Definisi:
GIS adalah teknologi berasaskan komputer yang digunakan untuk mengumpulkan, menyimpan, menganalisis, dan memaparkan data yang berkaitan dengan lokasi geografi di permukaan bumi. -
Fungsi Utama:
- Pengumpulan Data: Merakam pelbagai data geospatial seperti populasi, tumbuh-tumbuhan, jalan raya, dan sungai.
- Penyimpanan Data: Menyimpan maklumat geospatial dalam format digital yang mudah diakses.
- Analisis Data: Mengenal pasti corak, hubungan, dan tren spatial dalam data.
- Paparan Data: Memaparkan data dalam bentuk peta digital atau cetakan yang mudah difahami.
Aplikasi GIS dalam Pelbagai Bidang
-
Perancangan dan Pembangunan Infrastruktur:
GIS digunakan untuk merancang jaringan jalan raya, lokasi bangunan, dan pengurusan bandar.- Contoh: Pemilihan lokasi terbaik untuk pembangunan infrastruktur baharu.
-
Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Membantu menguruskan sumber seperti hutan, sungai, dan tanah dengan cara yang mampan.- Contoh: Identifikasi kawasan yang terjejas oleh pembalakan haram atau pencemaran air.
-
Keselamatan dan Pertahanan:
GIS digunakan untuk merancang strategi keselamatan berdasarkan analisis kawasan risiko tinggi.- Contoh: Pemantauan kawasan berisiko tinggi untuk bencana alam.
-
Pengurusan Tanah dan Penguatkuasaan:
- Membantu mengenal pasti kawasan yang berisiko terhadap pencerobohan atau pembangunan haram.
- Menyokong usaha penguatkuasaan dengan data geospatial yang tepat.
-
Pengurusan Kesihatan:
GIS digunakan untuk memetakan kawasan penyebaran penyakit atau merancang lokasi pusat kesihatan.- Contoh: Analisis corak penyebaran wabak seperti denggi atau COVID-19.
DATA GEOSPATIAL
Data geospatial, data GIS atau geodata mempunyai jelas maklumat kedudukan geografi termasuk di dalamnya, seperti rangkaian jalan raya dari GIS, atau imej satelit geo-dirujuk. Data geospatial termasuk data atribut yang menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam dataset.
Terdapat dua jenis data geospatial - vektor dan raster. Data vektor menggunakan objek mudah geometri mata, garisan, dan kawasan-kawasan (poligon) untuk mewakili ciri spatial. Data raster menggunakan grid untuk mewakili maklumat geografi. Mata diwakili oleh sel-sel tunggal, garisan dengan urutan sel-sel jiran dan tempat oleh pengumpulan sel-sel perkumpulan.
Data Asas Geospatial (Fundamental Data) adalah data geospatial yang berkepentingan tinggi dan mematuhi piawaian serta diperlukan oleh banyak pihak untuk menyokong reka bentuk dan pembangunan sesebuah negara atau organisasi. Rujukan utama bagi Pangkalan Data GDC adalah berdasarkan ciri-ciri yang terkandung dalam dokumen MS1759 Standard Malaysia: 2015, Maklumat Geografi / Geomatik - Kod Ciri dan Atribut (Semakan Pertama).
Senarai Data Asas GDC
Rasional penentuan data asas GDC ini dibuat adalah seperti berikut:-
- Memberi fokus kepada data utama memandangkan bilangan data sedia ada adalah terlalu banyak.
- Mengklasifikasikan data utama sahaja yang diperlukan bagi memudahkan perkongsian data di kalangan pengguna.
- Memastikan data tersebut sedia untuk dikongsi oleh agensi kerajaan sama ada persekutuan dan negeri melalui program MyGDI secara dua hala.
- Melengkapkan dan memperkasakan pangkalan data GDC supaya data sentiasa tersedia, terkini dan terselaras (tiada pertindihan data).
Metadata adalah 'data mengenai data' yang menerangkan mengenai data/ maklumat/ perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, dimana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut. Metadata boleh diibaratkan sebagai penyampai maklumat mengenai barang. Perumpamaan 'metadata' adalah seperti label/iklan pada sesuatu produk. Oleh itu, kita tidak akan mengetahui tentang sesuatu produk jika tiada metadata. Setiap persoalan akan terjawab jika metadatanya adalah lengkap.
Dalam konteks maklumat geospatial, metadata geospatial amatlah penting dalam memberi maklumat dan kemudahan kepada pengguna untuk menilai maklumat/data geospatial berkenaan. Ia membolehkan pengguna data berkenaan faham mengenai keupayaan dan batasan, serta menilai keupayaan sesuatu dataset bagi kegunaan yang dikehendaki oleh mereka.
Penerbitan metadata dapat mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial bagi mengelakkan duplikasi penyediaan data atau perkhidmatan daripada pelbagai agensi dan sekaligus memudahkan pengguna mengenalpasti maklumat geospatial yang diperlukan serta menyediakan perlindungan undang-undang sekiranya berlaku penyalahgunaan maklumat geospatial.
Rajah 1 : Komponen MyGDI
Metadata merupakan komponen utama dalam pembangunan Spatial Data Infrasturcture (SDI). Metadata ini lebih dikenali sebagai Metadata Geospatial, yang mana ia menerangkan maklumat geospatial yang hendak dikongsi dan ia tidak terhad kepada data sahaja, malah meliputi penerangan mengenai aplikasi GIS, laporan kajian, pembangunan maklumat geospatial dan perkhidmatan.
Tujuan metadata geospatial, adalah memberi maklumat mengenai maklumat geospatial yang dihasilkan bagi pengguna menilai maklumat berkenaan. Faedah penerbitan metadata ini adalah satu kaedah mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial. Dengan metadata yang lengkap, kita mampu mengetahui sesuatu maklumat geospatial dengan terperinci seperti sumber asal sesuatu maklumat geospatial serta susur galur perubahan ke atas data tersebut. Ia distrukturkan untuk memperihalkan kandungan, sumber, keadaan, kualiti dan lain-lain sifat data yang ingin diperolehi.
Pemilihan elemen katalog metadata berasaskan dokumen ISO 19115-1 : 2014 Geographic Information – Metadata - Part 1 - Fundamentals. Dokumen ini boleh diperolehi atau beli terus melalui SIRIM Berhad.
Tujuan penerbitan metadata adalah :
- Memberi maklumat geospatial yang terdapat di agensi kerajaan dan swasta;
- Mengelak duplikasi penyediaan data atau perkhidmatan daripada pelbagai agensi;
- Memudahkan pengguna mengenalpasti maklumat geospatial yang diperlukan; dan
- Menyediakan perlindungan undang-undang sekiranya berlaku penyalahgunaan maklumat geospatial
Elemen yang terdapat di dalam katalog metadata terdiri daripada :
- Maklumat pembekal data
- Tajuk
- Abstrak
- Kawasan litupan
- Sistem rujukan koordinat
- Kaedah mendapatkan data
- Data Kualiti dan lain-lain
Rajah 2 : MS ISO 19115-1 : 2014
Melalui pelaksanaan MyGDI, kepentingan metadata telah dikenal pasti. Template Malaysian Metadata Standard (MMS) dibangunkan dan diguna pakai bagi memudahkan pembekal data merekod maklumat geospatial mereka. Ia juga bagi memudahkan pengguna memperolehi maklumat geospatial yang dikehendaki. Senarai atau katalog metadata adalah terkandung dalam MyGDI Explorer.
Rajah 3 : Paparan Template Metadata (MMS) melalui MyGDI Explorer
Info tambahan :-
- Standardisasi Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI);
- Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics – Feature and Atribute Codes (MS1759:2004);
- Malaysian Metadata Standard (MMS);
- Standardisasi Nama Geografi dalam Pangkalan Nama Geografi & Gazetir Kebangsaan (PDNG);
- Pembangunan Standard
**sumber : Malaysia Geospatial Metadata Standard (MGMS)