Sesi pengesahan sempadan kampung dalam Daerah Muallim melibatkan dua mukim iaitu Mukim Slim dan Mukim Hulu Bernam Timor telah diadakan pada 06 Mei 2024 (Isnin), bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Muallim. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Daerah En. Mohamad Fitri Bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah En. Anis Zaihasmy Bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Daerah Puan Norianti Binti Mazani, Penghulu Kanan En. Muhammad Hasli Bin Hasan, Penghulu Mukim Slim dan Mukim Hulu Bernam Timor En. Mohd Azizul Bin Zakaria dan Penolong Pegawai Tanah En. Ahmad Azzuhri Syah Bin Azizi.