Taklimat PerakGIS Negeri Perak bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Puncak Tegap Sdn Bhd telah diadakan pada 07 Mei 2024, Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat 1A UPEN, Aras 1, Bangunan SUK Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Haslinda Bt. Alias , Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan dihadiri oleh wakil dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan wakil dari Puncak Tegap Sdn Bhd. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan berkenaan dengan cadangan integrasi PerakGIS Negeri Perak dan Sistem e-Tanah.