Kursus Esri Outreach And ArcGIS Pro Hands-on
Unit PerakGIS telah menjadi urusetia bagi kursus Esri Outreach And ArcGIS Pro Hands-on yang diadakan pada hari Isnin, 13 Mei 2024 yang bertempat di Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengguna berkenaan perisian ArcGIS Pro oleh Esri serta memberi latihan kepada pengguna tentang cara-cara dan teknik penggunaan perisian ArcGIS Pro. Selain itu, sebuah pertandingan kuiz juga telah diadakan sewaktu kursus tersebut dijalankan dan seramai 3 orang peserta terpilih telah memenangi kuiz tersebut dan mereka telah diberikan hadiah saguhati.