Skip to main content

Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 telah diadakan di Dewan Merdeka Majlis Pembandaran Manjung, pada 10 Jun 2024 (Isnin). Dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad telah mengumumkan tiga agenda terbaharu dalam Perak Sejahtera 2030, iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti dan Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri Perak telah menerbitkan buku Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 dengan setebal 287 muka surat yang memperincikan 234 projek yang dilaksanakan melalui pembangunan strategik tersebut. Selain itu, bersempena dengan majlis ini turut diadakan juga pada hari tersebut ialah Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-4 2024 bertempat di daerah Manjung yang diadakan pada hari yang sama mulai jam 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Merdeka Majlis Pembandaran Manjung.