Mesyuarat Teknikal Geospatial/MyGDI Negeri Perak Bilangan 1/2024 telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat TSUK (Pembangunan), Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini dimulakan dengan utusan dari pengerusi Teknikal Geospatial/MyGDI Negeri Perak oleh Puan Halizah Binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak. Sepanjang mesyuarat ini, turut dijalankan perbincangan berkenaan perkongsian data di mana ia merangkumi data-data yang boleh dikongsi bersama Kerajaan Negeri melalui PerakGIS, kaedah perkongsian data, syarat-syarat perkongsian data serta cadangan data yang diperlukan oleh agensi. Selain itu, cadangan berkenaan aplikasi bersepadu yang akan digunakan bersama serta hal-hal lain yang berkaitan juga turut dibincangkan melalui mesyuarat ini.