Skip to main content

Sesi Taklimat Garis Panduan Penentuan Nama Geografi dan Bengkel Pengemaskinian Nama-Nama Geografi Peringkat Negeri Perak

Sesi Taklimat Garis Panduan Penentuan Nama Geografi dan Bengkel Pengemaskinian Nama-Nama Geografi Peringkat Negeri Perak telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Oktober 2024. Program ini bertempat di Hotel Impiana, Ipoh di mana ia telah dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi teknikal di Negeri Perak.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan dan panduan kepada agensi-agensi teknikal yang terlibat dalam penentuan nama geografi di Perak. Selain itu, agensi-agensi turut diberi taklimat berkenaan dengan status terkini ketersediaan data nama geografi bagi Negeri Perak. 

Bengkel ini diteruskan dengan taklimat Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu Sr Sarah binti Shaharuddin, serta taklimat Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (PDNG) Negeri Perak oleh wakil Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), iaitu Puan Azeleen binti Mohd Razali. Turut dijalankan sepanjang bengkel tersebut ialah sesi semakan dan pengemaskinian data-data Nama Geografi Negeri Perak.