Skip to main content

Seminar GIS 2024 : "GIS Pemangkin PBT Berdaya Saing"

Unit Perancang Ekonomi Negeri melalui PerakGIS telah menganjurkan sebuah program iaitu Seminar GIS 2024 yang diadakan pada 5 dan 6 November 2024 bertempat di Royal Perak Golf Club, Ipoh. Seminar ini membawa slogan iaitu "GIS Pemangkin PBT Berdaya Saing" dan ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam usaha mempromosikan bidang geomatik dan geoinformatik serta kegunaan GIS kepada agensi-agensi negeri sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Perak dan dihadiri oleh pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Secara keseluruhannya, terdapat enam sesi ceramah yang telah dijalankan sepanjang seminar ini. Pada hari pertama seminar ini, sesi yang pertama dijalankan ialah ceramah Geospatial dan Pendigitalan: Peranan Pusat Geospatial Negara (PGN) di Malaysia yang dibentangkan oleh Sr Mohamad Ridzuan bin Hj. Awang Noh, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach Pusat Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Sesi yang kedua pula adalah ceramah Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Di Kuala Lumpur oleh Gs Sr Zulkifly Bin Rizal Isfahani, Ketua Unit Pemetaan Utiliti & Kuala Lumpur Underground Utility Data Centre (KLUDC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk sesi yang ketiga pula ialah sesi ceramah Pendigitalan Dan Bandar Pintar Manjung Melalui Mekanisma i-GIS MPM yang dibentangkan oleh Dr Maheran Hamzah, Pegawai Perancang Bandar, Unit Pembangunan Mampan dan Bandar Pintar, Majlis Pembandaran Manjung (MPM) dan pada sesi yang keempat pula ialah ceramah Digital Twin oleh Puan Sri Mageswari A/P Pattel, Ketua Unit Bandar Pintar, Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Berikutnya, pada hari kedua seminar ini iaitu pada 6 November 2024, ia diteruskan lagi dengan sesi ceramah yang bertajuk GIS and Smart City Indicators, yang dibentangkan oleh Encik Alvin Khaw, selaku pengurus, Enterprise Consulting ESRI Malaysia.

Seterusnya, aktiviti yang bertajuk Early Adopters Onboarding With ESRI oleh Puan Nabilah Husna binti Mohd Sidek, selaku perunding (consultant), Enterprise Consulting ESRI Malaysia turut dijalankan dalam seminar ini. Pada sesi ini turut mendedahkan kepada peserta-peserta seminar berkenaan pengunaan perisian ArcGIS Online melalui sesi "hands-on" dimana peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan bagi menghasilkan sesebuah sistem dengan menggunakan perisian ArcGIS Online. Kumpulan yang terpilih telah menerima hadiah dari pihak ESRI Malaysia.