Sesi Kunjungan Hormat Pensyarah UiTM Perak (Program Sains Ukur dan Geomatik, Diploma Geospatial Technology) ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (PerakGIS)
Pada 17 Disember 2024, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (PerakGIS) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak bagi program Sains Ukur dan Geomatik, Diploma Geospatial Technology yang telah diketuai oleh Ts. Sr. Dr Suzanah Abdullah.
Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Puan Haslinda binti Alias, Timbalan Pengarah Kanan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Puan Rosnidawati Binti Mohd Ramli, Ketua Unit PerakGIS serta pegawai-pegawai PerakGIS.
Lawatan ini dihadiri oleh beberapa pensyarah Sains Ukur dan Geomatik, UiTM Cawangan Perak ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (PerakGIS). Lawatan kunjungan hormat tersebut terdiri daripada pensyarah UiTM iaitu
1. Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar
2. Sr. Dr Mat Nizam Uti,
3. Sr. Gs. Noorsazwan Ahmad Pugi
4. Sr. Gs. Haslina Hashim,
5. Gs. Dr. Munirah Raden Mohd Mokhtar
6. Sr. Gs. Mohd Najib Husain.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah salah satu langkah penting dalam memupuk kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan akademik bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri. Dalam sesi pertemuan ini juga, dapat memberikan peluang bagi membincangkan pelbagai perkara yang menghasilkan kolaborasi yang memberi manfaat serta memberi hubungan kerjasama yang baik antara pihak universiti dan UPEN (PerakGIS).