Skip to main content

Lawatan Kerja UPEN Negeri Perak ke DBKL

Lawatan kerja Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perak Darul Ridzuan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan pada 9 Januari 2025 (Khamis) bertempat di JabatanPenilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 14, Menara Aras Jaya, No 11, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Lawatan ini bagi berkongsi idea dan melihat hala tuju pembangunan data Ulitili yang telah dibangunkan oleh pihak DBKL. Lawatan ini turut disertai oleh beberapa agensi dan jabatan dari Negeri Perak seperti Bahagian Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Ipoh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Kampar, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.