Program Hari e-Tanah Negeri Perak
Kerajaan Negeri Perak menerusi Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG) Perak telah menganjurkan Hari e-Tanah Negeri Perak yang diadakan pada 25 Januari 2025 (Sabtu) pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah diadakan sepanjang program ini. Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad.