Skip to main content

Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru
Negeri Perak Darul Ridzuan

Majlis Peluncuran Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 23 Februari 2025 di Jeti Terapung Lumut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Saarani Mohamad. Hadir sama Exco Pembangungan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin dan Timbalan Pengarah Kanan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Puan Haslinda Alias.