Skip to main content

Focus Group Discussion (FGD) Bagi KPIPGNP 2030

Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Pelan Induk Pembangunan Geospatial Negeri Perak (KPIPGNP 2030) telah diadakan selama tiga hari, bermula dari 13 hingga 15 Mei 2025, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Uni-Technologies Sdn. Bhd., selaku perunding yang dilantik untuk melaksanakan Kajian Pelan Induk Pembangunan Geospatial Negeri Perak 2030. Penganjuran bengkel ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi Persekutuan serta pihak berkuasa tempatan (PBT), dengan tujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas yang relevan bagi menyokong pelaksanaan kajian ini.