Skip to main content

Lawatan Penandarasan Ke Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PEGIS)

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), satu lawatan penandaarasan telah diadakan oleh delegasi Kerajaan Negeri Perak ke Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PEGIS), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri, Pulau Pinang bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR.

Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri mewakili pihak tuan rumah diikuti dengan ucapan wakil delegasi Kerajaan Negeri Perak oleh Puan Haslinda binti Alias, selaku Timbalan Pengarah Kanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak.

Seterusnya, delegasi diberi taklimat mengenai fungsi, peranan, struktur organisasi serta bidang tugas utama PEGIS. Turut dikongsikan adalah proses kerja, Standard Operating Procedure (SOP), best practices, serta perkongsian Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan FOI Geospatial 2021. Selain itu, sesi perkongsian dan soal jawab turut diadakan bagi membincangkan isu, cabaran serta langkah penambahbaikan yang boleh dijadikan rujukan bersama. Lawatan diakhiri dengan sesi lawatan ke Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PEGIS) bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai operasi dan pelaksanaan di lapangan.

Melalui lawatan penandaarasan ini, diharapkan dapat memperkukuh kerjasama strategik antara negeri, memperluas jaringan ilmu serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus digital kerajaan negeri pada masa hadapan.