Bengkel Pengemaskinian Sistem e-Perak
Unit Perancang Ekonomi Negeri (PerakGIS) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian Sistem e-Perak pada 15 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di 1969 D'Kelly Hotel, Ipoh, Perak. Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman para pengguna berkaitan proses pengemaskinian dan penambahbaikan modul dalam sistem e-Perak.
Melalui bengkel ini, para peserta berpeluang untuk mendalami fungsi-fungsi yang diperkenalkan dalam sistem, di samping berkongsi pandangan serta cadangan bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan data dan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri secara digital. Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh transformasi digital serta mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat melalui platform e-Perak.