Sesi Hands-On ArcGIS Pro
Unit Perancang Ekonomi Negeri (PerakGIS) telah menganjurkan Sesi Hands-On ArcGIS Pro selama empat hari bermula pada 9 Februari hingga 12 Februari 2026, bertempat di Bilik Latihan Komputer Bahagian Digital, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama dengan pihak Alami Technologies Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran pegawai PerakGIS dalam penggunaan modul-modul yang terdapat dalam ArcGIS.