Lawatan Penanda Aras bagi Sistem e-Perak oleh PLANMalaysia Perlis ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak telah menerima lawatan penanda aras sistem e-Perak daripada delegasi PLANMalaysia Perlis yang dianggotai seramai 18 orang pegawai. Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Perlis, En. Rusdi bin Yahya, serta turut disertai oleh Pengarah JUPEM, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, dan Pengurus Perbadanan SUK Perlis.
Kehadiran delegasi telah disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Perak, Puan Halizah binti Sipun, bersama Timbalan Pengarah Kanan UPEN, Puan Haslinda binti Alias serta pasukan PerakGIS bagi sesi perkongsian kepakaran sistem tersebut.