Skip to main content

Program Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Bagan Datuk 2050

Program Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Bagan Datuk 2050 telah diadakan pada 1 Oktober 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan. Antara tetamu yang turut hadir adalah YB Datuk Shahrul Zaman, ADUN Rungkup; YB Wasanthee, ADUN Hutan Melintang; Toh Lela Seri Paduka Dato’ Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk; Tuan Hazrul Fazami, Pegawai Daerah Bagan Datuk, serta ketua ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Kehadiran pelbagai pihak dalam program ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan perancangan pembangunan Bagan Datuk bukan sahaja tersusun di atas kertas, malah mengambil kira keperluan, aspirasi dan masa depan masyarakat.