Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026
Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 telah berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak. Majlis peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.