Skip to main content

Aplikasi GIS

e-Perak

Sistem e-Perak adalah penjenamaan semula dari Sistem Maklumat e-Desa dengan memberi nilai tambah iaitu mewujudkan modul dashboard dan modul cetakan bagi pengguna berdaftar. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk mendokumentasikan profil 828 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan mengambil kira profil penduduk di dalam kawasan penempatan tersebut di Negeri Perak dalam bentuk spatial dan atribut. Ia juga dapat membantu Kerajaan Negeri dan JPKK merancang projek dan program pembangunan di kawasan luar bandar. Sistem ini akan digunapakai sepenuhnya pada tahun 2024 selari dengan proses pengumpulan dan pengemaskinian data maklumat penduduk mengikut daerah-daerah yang telah ditetapkan.

Village@Perak

Village@Perak merupakan sebuah aplikasi web-based yang dibangunkan untuk memetakan 828 sempadan pentadbiran bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri Perak. Sempadan kampung ini adalah hasil kerjasama antara Unit PerakGIS, JPKK, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Ukur dan Pemetaaan (JUPEM) Perak.

Lot Finder

Lot Finder merupakan aplikasi yang dibangunkan hasil daripada MOU bersama pihak JUPEM. Aplikasi ini dapat membantu agensi / jabatan dan juga pengguna awam dalam membuat carian lot.

GeoBencana Negeri Perak

Geobencana merupakan sistem interaktif berkonsepkan geospatial yang memeta dan memprofilkan Laporan Bencana dalam bentuk digital untuk kegunaan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak. Aplikasi ini hanya boleh diakses oleh Sekretariat Pegurusan Bencana Negeri dan Daerah sahaja.

Hotspot Banjir Negeri Perak

Hotspot Banjir merupakan aplikasi web-based yang dibangunkan untuk memaparkan lokasi hotspot banjir di Negeri Perak. Selain itu, maklumat seperti kemudahan-kemudahan awam asas di Negeri Perak turut dipaparkan di dalam aplikasi tersebut sebagai maklumat tambahan kepada pengguna.

MyGeoName@Perak

Mygeoname@Perak merupakan aplikasi web-based yang dibangunkan untuk memetakan nama-nama geografi yang telah disahkan oleh Kerajaan Negeri. Data-data nama geografi telah dikelaskan mengikut 47 jenis nama geografi yang telah di tetapkan dalam Garis Panduan Penamaan Nama-nama Geografi.

e-Tanah Lapang

e-Tanah Lapang adalah aplikasi yang dibangunkan hasil kerjasama bersama PLANMalaysia@Perak. Aplikasi ini memaparkan jumlah keseluruhan tanah lapang di Negeri Perak beserta status semasa tanah lapang tersebut samaada warta, belum warta, nyahwarta, dalam proses dan lain-lain. Aplikasi ini telah digunakan oleh pihak PLANMalaysia@Perak sebagai medium pelaporan status tanah lapang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar.

e-Kariah

e-Kariah merupakan aplikasi yang dibangunkan hasil daripada kolaborasi bersama pihak Majlis Agama Islam Perak. Aplikasi ini memaparkan maklumat sempadan kariah, lokasi masjid, lokasi surau, lokasi tanah perkuburan islam dan lokasi sekolah agama rakyat. Ia dibangunkan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat berkenaan kariah masing-masing khususnya berkenaan urusan nikah & kahwin, zakat dan lain-lain urusan yang berkaitan.

e-Industri

e-Industri merupakan aplikasi yang dibangunkan hasil daripada kolaborasi bersama pihak Jabatan Alam Sekitar. Aplikasi ini memaparkan lokasi-lokasi industri dan jenis industri yang terdapat di Negeri Perak berdasaarkan tafsiran Jabatan Alam Sekitar. Aplikasi ini akan ditambahbaik berdasarkan keperluan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan.

e-Sekolah

Aplikasi e-Sekolah dibangunkan mengikut keperluan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu aplikasi yang memaparkan taburan lokasi sekolah mengikut jenis serta carian maklumat sekolah menggunakan nama dan kod sekolah. Aplikasi ini digunakan oleh pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Negeri Perak.