Skip to main content

Story MAP

TMP 2024

Strory Map Tahun Melawat Perak 2024 ini diwujudkan bagi membantu kerajaan negeri dalam mempromosi tempat-tempat menarik yang terdapat di Negeri Perak untuk dikunjungi bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024. Story Map ini telah mengfokuskan tempat-tempat menarik ini mengikut daerah berdasarkan maklumat yang telah dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).   

Jejak Warisan Taiping

Story Map Jejak Warisan Taiping ini diwujudkan bagi menggalakkan orang ramai mengetahui tentang latar belakang sejarah Taiping serta menghargai nilai sejarah warisan bandar ini dan sekitarnya. Terdapat 40 POI (Point of Interest) disepanjang laluan, gambaran sebenar tentang latar sejarah pembangunan Taiping akan mula difahami.

Geopak Lembah Kinta

Story Map Geopark Lembah Kinta ini diwujudkan bagi memperkenalkan konsep dan kepentingan Geopark serta mengetengahkan tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai tapak warisan dan menarik untuk dikunjungi oleh pengunjung.

Lenggong Geopark

Story Map Lenggong Geopark ini diwujudkan bagi membolehkan maklumat berkenaan dengan kedudukan tempat yang telah diwartakan ini mudah untuk di kunjungi. Terdapat banyak lokasi menarik untuk dikunjungi yang menyimpan pelbagai bentuk khazanah dan keunikan alam yang tersendiri.

Taiping Street Art

Strory Map Taiping Street Art diwujudkan bagi memaparkan lokasi-lokasi Street Art yang terdapat disekitar bandar Taiping. Terdapat 15 lokasi yang telah dikenalpasti dan menarik untuk dikunjungi.

Ipoh Street Art

Strory Map Ipoh Street Art diwujudkan bagi memaparkan lokasi-lokasi Street Art yang terdapat disekitar bandaraya Ipoh. Setakat ini terdapat 5 lokasi yang telah dikenalpasti dan menarik untuk dikunjungi.

Travel Perak

Strory Map Travel Perak diwujudkan bagi memaparkan lokasi-lokasi menarik didalam Negeri Perak mengikut pecahan zon. Terdapat 6 zon yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Tourism Perak. Lokasi-lokasi ini dipilih berdasarkan keunikan dan nilai yang tersendiri untuk dikunjungi oleh pengunjung ke Negeri Perak.